Facebook Fever

Tuesday, August 31, 2010

tribute to b20 :: man ::


salam Ramadhan

harini dah masuk hari ke21 kita semua berpuasa. Alhamdulillah, kita masih dikurniakan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan sehingga ke hari ini. semoga keberkatan dalam bulan Ramadhan ini kita akan terus beramal dan meningkatkan iman. sesungguhnya banyak kelebihan dan peluang yang perlu kita ambil bersama2.baeklah sume, dari johor moh kite ke seremban lak.. n kita bkongsi tentang ''MAN''... actually, aku kenal OTHMAN BUHIRAN ni..dari form6 kat smka shams lagi.., tapi xbrape nk ngam. sbb aku kan SOMBONG...!!! kah3...

start lebih kenal dia ni..mase di UPSM.., ingat lagi masa PMSM..., dialah antare owang yg cepat buat kerja.., mase tu xsalah aku dia Pengarah Kebajikan & Penginapan., so syukur dapat adik bradik yg rajin cam dia. pemegang ijazah sarjana muda syariah ni pernah digemparkan dengan kehadiran 20++ budak2 upsm ke kenduri kawen abg nye. kitowang siap merewang dan bermalam di situ..MEMANG SERONOK!!!
Si man ni aktif gak ngan Perstuan anak N9 dan dikir barat nye. so dia kena la bijak mbhgi masa antara kesemuanya.., apepon TAHNIAH buat man sbb dia antara 25 ahli batch yg masih gagah bertahan.. Bnyk lagi aktiviti2 dan kisah suke duka ngan dia..

a) reramai ke hospital ziarah ayahnye
b) picnik kat sungai
c) enjoy di genting highland
d) sambutan my bezday
e) byk lagi laa..




nasihat untuk man : kerja elok2.., gunekan sepenuhnya degree dan diploma yang ade. + pglaman yang dikutip ketika di UKM jadikan ia sbg semangat untuk terus melakar KEJAYAAN. last but not least...

selamat hari raya & maaf zahir batin.. smoge terus keep in touch!!!

Tuesday, August 10, 2010

4-8 OGOS 2010 : GUNUNG STONG


4 OGOS

Huhh, cuti ku masih x approved lagi? Nak tk nak, aku kene join jugak xpdc ni sbb inilah hobi aku bile ade kelapangan. Jam di dinding ofis dah hamper pukul 1…, aku masih tunggu dan tunggu manager aku untuk membuat pengesahan. Tapi…, still HAMPA…. Aishah pasti dah mula bersiap2 untuk mengemas dan bertolak ke bangi…, AKHIRNYA…, dengan beraninya, aku amek half day tanpa dibenarkan oleh sesiapa kerana jika aku tidak berbuat demikian, aku yakin pasti KELAM-KABUT aku dibuatnya. Jam 2.23 pm aku punch out dan terus bergegas ke KOTA DAMANSARA untuk selesaikan bisnes score A aku. Hampir 2 jam aku disana.., dan akhirnya aku sampai di rumah jam 6.15 pm. Berehat sebentar sambil membaca surat khabar.Jam 7 mlm, aku mula mengemas.., tapi disinilah cabaran awal aku bermula…, 1- dapat panggilan dari abg aku..suh hantar lauk ke rumah. 2- kemudian ke rumah kakak aku bg duit saku untuk dia belanja kt KL. 3-membeli seluar ‘tight’ untuk mendaki kt TAMAN SERI MANJA. Akhirnya aku solat maghrib jam 8.20pm..GILE DASYAT!!! Lepas tu, sambung mengemas barang dan solat ISYAK. Sedang elok azan ISYAK abes, abah aku pulak panggil suh test TORCH LIGHT.., siap tukar bateri laaa..padam lampu laaa..adoi!! aku da lewat ni…tapi xpe, anak yg baik mendengar kata.hahahaaaa.. jam 9.10pm aku pon bertolak ke UKM..dengan kelajuan yg tak beragak, akhirnya 9.40pm aku sampai. Mujur sempat..dan lebih kurang jam 10.30pm, kami pon bergerak ke Kelantan naik bas. Maka disinilah ceritenye bermula….

5 OGOS

Selamat pagi semua, sesampainya kami disana SOLAT SUBUH yang kami dahulukan. Terus ke bilik dan bersiap2 untuk ke gua. Seperti biasa sebelum bergerak.., senaman ringan dilakukan. Tak lama kemudian, bergeraklah kami ke GUA GELAP, GUA KERIS DAN GUA PAGAR. Bermacam2 cerite2 dongeng dikongsikan oleh guider2…, daripada KINGKONG, PANGLIMA, sehinggalah pelbagai cerite mistik dan misteri gua2 disitu.


Selesai menerobos gua, kami bersiap sedia untuk memulakan pendakian ke KEM BAHA. Dengan semangat yang membuak2, kami mulakan pendakian 1 Malaysia bersama pelajar IPT yang lain. Yang lawaknya..lihatlah gambar ini…memang xprasan langsung..seluar pendek ku tertinggal sebelum xpdc bermula. Mujur sempat jugak aku ‘cover’ dan naik ke bilik mencari seluar pendek. Huhhh!!! Wat malu den jee..




Maka pendakian pun bermula…lihatlah muka-muka ceria ni, maklumlah nak tawan gunung stong..2 jam mendaki kami tiba di KEM BAHA. Disini kami mendirikan khemah dan menyediakan makan malam untuk group masing-masing. Yang dah biasa camping mungkin xde masalah besar untuk menyediakan ‘MENU MAKANAN HUTAN’ tapi yang tak biasa, pasti ini pengalaman paling beharga buat mereka. Jam 10.30pm , taklimat ringkas diberikan sebelum mendaki ke puncak pada esok hari…

6 OGOS


‘Abg Lan…bangun2.., abg Lan bangun2..masak’…., inilah suara ‘’LOKMAN KEME’’ yg mengejutkan aku jam 5.30pagi. tanpa fikir banyak aku pon bangun dan memulakan aktiviti masak-memasak. 6.45 am, terus aku bergegas ke batu2 melihat keindahan sunrise yang memang Subhanallah!!. Aku tidak melepaskan peluang ini untuk bergambar dan terus bergambar sehinggalah puas. Selesai bersarapan, kami mendaki ke puncak. Kali ni ia mengambil masa hampir 4 jam ke puncak. Setiap gunung pasti ada cabaran tersendiri…pasti ada jalan cerite tersendiri. Sampai di puncak, kami dimaklumkan ada beberapa ekor tupai setia menunggu. Memang benar.. sangat jinak!! Inilah dia kelainan gunung STONG….









Lebih kurang 1jam kami bergambar dan makan tengahari, kami meneruskan xpdc menuruni gunung dengan 1 kepuasan yang tak terhingga. Tapi perlu diingat, di dalam hutan, apa2 boleh berlaku. Kami masih berpegang kepada pantang larang dan arahan. Syukur Alhamdulillah, semuanya sampai ke KEM BAHA semula untuk bermalam. Cuaca pada malam itu, nampaknya seperti hendak hujan, tapi mujurlah renyai2 sahaja…jadi tidurlah kami…menanti hari esok untuk terus ke tapak.

7 OGOS

‘Abg lann…ohhh abg Lann…bangun2!!’ suara yang sama dari orang yang sama. Jadi kami pun menyiapkan sarapan dan bersiap sedia untuk sambung menuruni bukit. Sebelum semua memulakan penurunan, satu sesi penyampaian sijil dijalankan bagi menghargai dan ucapan tahniah kepada semua yang telah berjaya!! Tempoh untuk turun gunung hanya mengambil masa yang singkat. Ada yang berjalan, ada yang bersembang2…dan ade yang berlari seperti aku. Bukan untuk berlagak atau menunjukkan bakat. Tapi, untuk menguji ketahanan aku berlari sambil membawa muatan berat dlm keadaan akar2, batu2 dan tanah yang licin. Setelah sampai ke tapak, aku dan peserta yang lain berehat dan membersihkan diri.


Malam nya ada BBQ..aku, napi, n ecah terpaksa pulang awal. Dengan tiket keretapi berharga RM45.00 , kami puas dan seronok menaiki keretapi dari stesyen Dabung ke kajang. Sesampainya di UKM, kami sarapan dan terus meraikan konvokesyen rakan batch kami yang berjaya menamatkan pengajian di UKM..Dada, Hafrina, Jajai..dan tak dilupekan juga pada junior2..Mekzi, zura dan yang lelain. Tahniah dan syabas!!ingat selepas ini cabaran dunia di luar jauh lebih hebat dari cabaran yang dirasai di UPSM dan UKM..semoga terus sukses. Kepada mereka yang menguruskan EXPEMA, sekalung penghargaan buat semua kerana ini akan menaikkan nama UPSM dan UKM..

p/s : satu hari nanti aku pasti mendaki lagi..mencari keindahan dan kepuasan dalam hutan...